Thursday, April 29, 2010

ST12-JANGAN PERNAH BERUBAH (original clip)

Kali ni cik qiqil (name panggilan dak opis aku..aku pun dah naik terbiasa dgn name nie hehe) nk kongsi ngan u alls lagu st 12..wah lagu jiwang ok..best lagu nie so kita layann
Biarkan waktu teruslah berputar

Ku cintai kamu penuh rasa sabar

Meski sakit hati ini kau tinggalkan

Ku ikhlas tuk bertahan


Cintaku padamu begitu besar

Namun kau tak pernah bisa merasakan

Malah kini kau ucapkan selamat tinggah

lMembuat keresahan


[+]Meninggalkanku tanpa perasaan

Hingga ku jatuhkan air mata

Kekecewaanku sungguh tak berarah

Biarkan ku harus bertahan


Reff:Jangan pernah kau coba untuk berubah

Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah

Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Back to [+]Back to Reff


Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

Sunday, April 25, 2010

cEleBraTE BiRthDAY My loVELY FRiEND Ayu Omar

Sabtu lalu aku n nora celebrate besday acik ayu my lovely friend ..sambut pun lewat sehari...gi makan kat kfc je sbb tu mmg faveret acik ayu debap nie..belikan dia sebijik kek..aku bertiga je sambut...walaupun bertiga still meriah..ape2 pun cik ila mampu raikan dengan sederhana je untuk acik ayu harap acik ayu happy n menjadikan ini sebagai kenangan hingga akhir hayat mu...sayang acik ayu muahhhh hehe




















Thursday, April 22, 2010

sELAMat HAri PEniNGkatan uSia BangKA - Ayu OmaR


HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY FRIEND
NOOR HIDAYU BTE MOHD OMAR
Selamat hari lahir utk sahabat ku dunia dan akhirat (insyallah) semoga menjadi ANAK,ADIK,AWEK,SKANDEL,SAHABAT,& INSAN yg diredhai ALLAH...Apa2 pun halangan dan dugaan yg akan datang aku harap ko dapat tempuhi dgn sabar dan jgn sesekali lupa aku amat menyanyangi persahabatan kita ..harap susah dan senang kita akn bersame...aku syg ko muuaahhhh=)



Cantik x??
ini hasil gambar aku n 2 sahabat yg sentiasa bersama
gambar ini di edit oleh acik ayu sendiri
semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat
aku syg korang

Tuesday, April 13, 2010

hAPPy bEsDAY kAK ana..

Today is my officemate besday..mama vogue kita PUAN ROZANA BTE OSMAN yang ke 32 (agak lanjut umur sebegitu) wawawa..selamat hari lahir kak ana semoga menjadi anak,menantu,isteri,mama,kakak,adik,sahabat dan insan yg diredhai oleh ALLAH hendaknya AMINNNNN....


kek yg begitu comel hadiah dri kak afzan


PUAN ROZANA BTE OSMAN


Hadiah dari cik eyla agak tinggi hehe


chersss dari kami
hope friends 4 ever hingga akhir hayat
kak ana n farid despatch southern


2 mak dara n seorang dara sunti huhu

2 orang mak hayam gebusss haha mama
vogue
kak ana n kak afzan


aku n kak ana

Friday, April 9, 2010

13 TAnda ANda TELah JAtoh CInta


1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.


2. Anda akan sentiasa merindui dia.


3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.


4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.


5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.


6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.


7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.


8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.


9. Dia sentiasa di fikiran anda.


10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.


11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.


12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.


13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

Alhamdullillah ALLAH memberi aku peluang kembali mengenali erti cinta sekali lagi....ya EYLA ARITH a.k.a NUR AQILAH ARITH kembali bercinta hehe malu plak rase nya haha tapi ape pun kemungkinan yg akan berlaku lepas nie aku akn terima dengan hati yg redha kerana aku yg membuat sendiri keputusan ini tanpa di pengaruhi oleh sesiapa pun...aku akan berusaha melaku kan yg terbaik...doa dari kalian amat ku harap kan untuk aku mengecapi erti sebuah percintaan...wish me luck bebs...

Thursday, April 8, 2010

12 pERkara TENTang cINTA..


1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.


2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.


3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.


4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.


5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.


6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.


7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.


8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.


9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.


10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.


11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.


12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati



Wah aku membicara kan tentang CINTA...kenapa?mengapa?betolke?iayeke? ..aku dah letih MEMILIH,MENILAI,MENOLAK,MEMIKIR, MEMBANDING,MENUNGGU,MENCUBA ...andai ia terjadi dan berlaku pade diri ku dlm masa yg terdekat nie aku mengharap kan doa dari kalian untuk diri ku mengecapi sebuah kebahagian dlm percintaan yg hampir 3 tahun menyepi hehe...kita same2 tunggu dan lihat ya wish me luck bebs..